بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Modul Pembelajaran ALC

Sebagai pusat setempat pendidikan Al-Quran, Al-Baghdadi Training Centre (ALC) ada menawarkan pembelajaran Al-Quran bermula dari Asas Tahmid Al-Baghdadi, Tajwid Al-Baghdadi, Talaqqi Am Al-Baghdadi sehingga Talaqqi Khas Al-Baghdadi.
Tahap 1: Tamhid Al-Baghdadi

Pakej Tamhid Al-Baghdadi adalah kelas asas pembelajaran Al-Quran menggunakan Teknik Al-Baghdadi seperti berikut:-
  • Ini adalah merupakan kelas belajar membaca Al-Quran untuk orang Dewasa dan Remaja dan kanak-kanak.
  • Tempoh pembelajaran adalah selama 3 bulan atau 12 kali sesi pembelajaran (4 sesi x 3 bulan). Pelajar hanya perlu pergi satu sesi setiap minggu. Setiap sesi hanya memerlukan masa selama 2 jam sahaja.
  • Teknik Al-Baghdadi ini dijalankan secara berkumpulan yang mengandungi antara 10-25 orang pelajar.
  • Yuran pendaftaran : RM75 termasuk Buku dan Alat Ketuk Al-Baghdadi.
  • Yuran Pengajian : RM300 untuk pakej Tamhid selama 3 bulan.

Tahap 2: Tajwid Al-Baghdadi

Pakej Tajwid Asas Al-Baghdadi adalah merupakan susulan kepada pembelajaran Al-Quran Pakej Tamhid atau pelajar-pelajar yang sudah boleh menguasai pembacaan Tamhid Al-Baghdadi.


Secara ringkasnya, tahap ini adalah seperti berikut:-
  • Terbuka untuk semua golongan dan keutamaan akan diberi pada mereka yang telah mengikuti Kelas Teknik Al-Baghdadi atau telah khatam buku Tamhid Al-Baghdadi.
  • Yuran Pengajian : RM300 untuk pakej selama 3 bulan.

Tahap 3, 4 & 5: Talaqqi Al-Baghdadi

Kelas Talaqqi Al-Quran Al-Baghdadi adalah kelas yang disediakan untuk semua peringkat pelajar yang telah menguasai pembacaan Al-Quran dan terbuka kepada semua peringkat umur.

Sila Klik di Link yang berkenaan untuk maklumat lanjut berkenaan tahap-tahap pengajian yang ditawarkan oleh Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru:- 
Waktu pembelajaran Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru. 
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
ALC Damansara Aliff, Johor Bahru, Johor
Whatsapp: +06011-5299 3775 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...