بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Bengkel Membaca Al-Quran Ramadhan 2017 (PERCUMA)

Ramadhan adalah bulan Rahmat dan Maghfirah di mana pahala melakukan ibadah di bulan tersebut akan dilipatgandakan oleh Allah swt. Ramadhan juga dikenali sebagai bulan Nuzul Al-Quran dan Rasulullah s.a.w. telah menghabiskan lebih banyak masa sepanjang bulan Ramadhan dengan bertadarus Al-Quran bersama Malaikat Jibril a.s.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril tetap menemui beliau tiap-tiap malam, hingga habis Ramadhan Rasulullah saw. memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Di hari-hari Jibril mendatanginya, beliau tambah giat berbuat kebajikan melebihi angin lalu." (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2137)
Justeru itu, marilah kita sama-sama menanamkan keazaman untuk menjadikan bulan Ramadhan kali ini lebih baik berbanding yang sebelumnya dengan melipatgandakan amalan kita terutamanya membaca Al-Quran.

Kita sering mengeluh apabila tiba masanya bulan Ramadhan dan antara keluhan-keluhan yang sering timbul ialah:-
  • Ingin tingkatkan ibadah terutamanya membaca Al-Quran tetapi tak tahu nak mula dari mana
  • Jiwa meronta-ronta untuk mengaji Al-Quran, tapi tak dapat Istiqamah membacanya setiap hari
  • Baca bersendirian mudah bosan dan bila baca beberapa helaian Al-Quran mata sudah mula mengantuk
  • Tak yakin tentang tajwid dan bacaan Al-Quran jika baca bersendirian
  • Tak dapat masa yang sesuai untuk lapangkan masa dengan Al-Quran
  • Tak tahu tahap mana pembacaan Al-Quran
  • Tiada guru yang boleh membimbing bacaan Al-Quran
  • Ingin baca Al-Quran tetapi Tak yakin dengan sebutan dan tajwid bacaan yang betul
Kami di Al-Baghdadi Learning Centre Bandar Baru Uda ada menyediakan PENYELESAIAN dengan mengadakan Program Mengaji PERCUMA Sempena Ramadhan 2017.

Para penduduk sekitar Johor Bahru adalah dialu-alukan untuk mendaftar dan menyertai program yang diadakan secara PERCUMA ini.

Untuk Pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Whatsapp 011-5299 3775 (Ust. Mustakim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...