بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Modul NADi Hafazan

Program Nadi Al-Baghdadi adalah satu program Hafazan Al Quran yang  Komprehensif, Padat dan Holistik yang mengandungi ciri-ciri berikut:-
  • 10 Modul : Modul Nadi Al Baghdadi dibahagikan kepada 10 Modul. Setiap modul mempunyai 3 juzuk. Setiap Juzuk adalah 1 buku. Ini bagi memudahkan untuk fokus kepada juzuk secara individu.
  • 3 Juzuk Per Module : Setiap modul mengandungi 3 Juzuk yang berasingan. Juzuk 1-3, 4-6, 7-9, 10-12, 13-15, 16-18,19-21, 22-24, 25-27, 28-30
  • Nadi Juzuk : Setiap juzuk di lengkapi Nadi Juzuk yang menerangkan point-point penting  berkenaan setiap Juzuk didalam Al Quran.
  • Nadi Surah : Setiap Surah  di lengkapi Nadi Surah  yang menerangkan point-point penting  berkenaan setiap Surah  tersebut.
Ciri-ciri informatif, Inovatif dan Kreatif yang telah dimuatkan dalam Modul Nadi Al-Baghdadi adalah:-

  • Maksud Surah : Maksud nama surah-surah
  • Bilangan Ayat : Bilangan ayat didalam surah tersebut
  • Jenis Surah : Jenis surah samada Makkiyah atau Madaniyah
  • Turutan Surah : Proses Pembelajaran Santai
  • Asbabun Nuzul : Sebab ayat diturunkan
  • Pengajaran Ayat : Ibrah atau pengajaran dari ayat yang dihafaz
  • Nadi Ayat : Proses Pembelajaran Santai

Faedah yang boleh diperolehi dan kelebihan yang terdapat dalam Modul Nadi Al-Baghdadi ini antaranya adalah:-
  • Meningkatkan daya focus : Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam hafazan Al Quran membantu untuk menghasilkan fokus yang tinggi kepada hafazan. Ini kerana apabila kedua-dua belah otak diaktifkan, pemikiran akan tertumpu hanya kepada hafazan sahaja.
  • Optimum Otak Kiri & Kanan : Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam hafazan Al Quran dengan Modul Nadi Al Baghdadi. Otak kanan yang cenderung untuk melihat maklumat secara keseluruhan, dengan pelbagai warna dan imej-imej struktur yang merangsang ia untuk digunakan.
  • Hafaz dan Faham Serentak : Dilengkapi dengan maklumat-maklumat penting berkenaan surah yang hendak dihafaz, kini hafazan bukan sahaja pada ayat ia termasuk dengan kefahaman ayat yang dihafaz.
  • Hafazan Berkonsepkan Neurofisiologi : OTAK dan SISTEM SARAF memainkan peranan dalam penerimaan, pemerosesan dan penyimpanan maklumat. Otak dan sistem saraf terdiri daripada jutaan sel neuron yang mana strukturnya berangkaian dengan badan sel neuron sebagai NADI yang disokong oleh ribuan dendrit hasil rangsangan maklumat / ilmu dan perkaitannya.
  • Minda Cergas : Aktiviti hafazan modul Nadi Al Baghdadi yang kerap menggunakan otak kiri dan otak kanan, akan membantu perhubungan antara kedua-dua belah otak. Maknanya otak akan sentiasa berinteraksi dan ini akan mencerdaskan minda.
  • Ingatan lebih Kuat : Dengan penggunaan penuh otak kiri dan kanan, kemampuan manusia menghafaz  akan menjadi lebih baik kerana kini kapasiti kedua-dua otak dioptimumkan.
Program Hafazan Nadi Al Baghdadi telah berjaya mengaktifkan otak kiri dan otak kanan manusia dalam menguatkan Hafazan Al Quran. Bermakna semua orang boleh menghafaz!
  • Diiktiraf Pakar : Modul Nadi Al Baghdadi di terima dan diiktiraf oleh pakar dalam bidang Hafazan dan beberapa mufti di Malaysia
  • Menyeluruh, Padat dan Eksklusif : Proses Pembelajaran Santai
  • Informatif, Inovatif dan Kreatif : Setiap mukasurat dipenuhi dengan Informasi berkenaan surah dalam susunatur isi yang inovatif dan kreatif
  • Terbukti Berkesan : Pendekatan modul yang berjaya mengoptimumkan fungsi otak kiri dan otak kanan di dalam hafazan Al Quran 
http://mybaghdadi.blogspot.my/p/borang-pendaftaran.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...