بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Didikan Al-Quran Berterusan Teknik Al-Baghdadi

Menyedari tentang hakikat kepentingan pendidikkan berteraskan Al-Quran yang kini kian terpinggir dan berada dalam situasi yang membimbangkan, maka Al-Baghdadi Group telah terpanggil untuk menyahut satu lagi cabaran.

Seiring dengan usaha para pendokong ilmu terdahulu dan masa kini dalam menarik semula minat serta kesedaran masyarakat mendekati pembelajaran Al-Quran, kami ingin berusaha untuk mengetengahkan sistem pendidikkan yang mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang mudah, seronok serta berkesan.
Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda :"Barang siapa menghilangkan dari saudaranya satu kesusahan dari beberapa kesusahan dunia, maka Allah menghilangkan daripadanya satu kesusahan dari beberapa kesusahan di hari Kiamat. Barang siapa menutupi (aib) orang muslim, maka Allah menutupi (aib)nya di dunia dan akhirat. Dan barang siapa membuat kemudahan bagi orang fakir, maka Allah membuat kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya mahu menolong saudaranya. Dan barang siapa melalui jalan yang padanya ia menuntut ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Tidaklah suatu kaum duduk di masjid membaca kitab Allah, dan saling mempelajari sesamanya, kecuali Allah menurunkan kepadanya ketenteraman, diliputi belas kasih dan dikelilingi oleh malaikat. Barang siapa dilambatkan, oleh amalnya maka nasab (keturunan) nya tidaklah mensegerakannya". (Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4015)
Teknik Al-baghdadi
Pendidikkan Al-Quran sanagt memerlukan usaha yang berterusan kerana ianya mengandungi ruang lingkup yang sangat luas. Ianya bukan sahaja sekadar mengenal huruf pembacaan malah perlu diteruskan sehingga pemahaman, kajian dan seterusnya mempraktikkan kandungan serta ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran.

Melalui pendekatan kaedah atau teknik pembelajaran Al-Baghdadi yang telah diiktiraf oleh badan-badan tertentu, Al-Baghdadi Group telah berusaha untuk mempromosikan sistem pembelajaran yang bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat bermula dari rahim sehingga ke lanjut usia.

Modul-modul pembelajaran berteraskan Al-Quran ini telah disusun atur berdasarkan modul-modul pendidikkan yang seragam dan sistematik seperti berikut:-
  • Al-Baghdadi Prenatal Education Programme (APeP) : Merupakan program pendidikkan Al-Quran khas untuk ibu hamil. Program ini membantu para ibu memberi rangsangan kepada janin di dalam kandungan dengan kaedah ketukkan Al-Baghdadi bertujuan untuk melahirkan generasi genius Al-Quran.
  • Al-Baghdadi Childcare Centre (ACC) : Merupakan penjagaan bayi yang menerapkan Al-Quran sebagai sesi asuhan.
  • Al-BaghdadiPlaytime Centre (APC) : Pusat asuhan untuk kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun. Mengandungi program Pra-Sekolah yang dimuatkan pendidikkan Al-Quran, Tahfiz serta pembelajaran akademik (Teras Bahasa, Teras Kognitif dan Teras Akhlak).
  • Al-BaghdadiLearning Centre (ALC) : Modul pembelajaran pembacaan Al-Quran sesuai untuk pelajar-pelajar berumur 7 hingga 70 tahun. Modul pembelajaran Teknik Al-Baghdadi telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book Of  Records.
  • Nadi TahfizAl-Baghdadi : Program hafazan Al-Quran sesuai untuk pelajar-pelajar yang mahir pembacaan Al-Quran bermula seawal usia 7 hingga 70 tahun.
  • ProgrammeTalaqqi Al-Quran Bersanad : Program Pembacaan/ Talaqqi Al-Quran bersanad secara langsung dibimbing oleh guru-guru yang mempunyai sanad sehingga kepada Rasulullah s.a.w.
Sistem pembelajaran yang tersenarai di atas hanyalah segelintis usaha yang termampu disajikan buat faedah masyarakat. Terdapat banyak lagi usaha yang lebih besar telah dicurahkan oleh para ulamak serta ilmuan terdahulu dan masa kini yang boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Semoga segala usaha para peneraju serta pendokong pendidikkan Al-Quran ini diterima sebagai amal jariah serta  amalan soleh yang diberkati dan seterusnya mendapat ganjaran pahala yang berterusan dari Allah s.w.t. Aamiin.

Untuk sebarang maklumat berkenaan pendidikkan Al-Quran sepanjang hayat Teknik Al-Baghdadi, sila hubungi kami di Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru sekarang juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...