بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Petua Memanjangkan Nafas Untuk Pembacaan Al-Quran

Pembacaan Al-Quran yang baik terutamanya secara bertarannum memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang, terutama apabila masuk ke peringkat-peringkat atasan  seperti jawab bayyati  dan jawabul jawab. Untuk mendapatkan nafas yang panjang, ianya memerlukan teknik serta latihan yang betul.

Berikut akan kami kongsikan beberapa petua yang pernah diamalkan oleh orang-orang sebelum ini yang membantu untuk mendapatkan nafas panjang ketika membaca Al-Quran.

1. LatihanTahan Nafas

Ada terdapat dua kaedah pernafasan iaitu 'Pernafasan Perut' dan 'Pernafasan Dada'. Lakukan petua-petua berikut untuk membantu memanjangkan pernafasan:-

Teknik Panjang Nafas
Teknik Nafas Dada
  • Teknik Nafas Perut : Paru-paru kita mempunyai bentuk yang kecil di atas  (separas dengan bahagian dada) dan besar di-bawah (bahagian atas perut). Ketika kita menarik nafas, pastikan perut kita mengembung bagi membenarkan udara yang lebih banyak memasuki paru-paru dan berkumpul di bahagian bawah. Kita boleh melakukan Teknik Pernafasan Perut dengan mengembungkan perut sambil mengekalkan saiz dada.
  • Elakkan dari Teknik Nafas Dada : Sekiranya kita menarik nafas dengan membesarkan dada (teknik nafas dada), maka udara hanya dapat memasuki bahagian atas paru-paru yang sedikit sahaja. Kita boleh mengenali teknik nafas dada apabila bernafas dengan dada kita mengembang dan perut kekal seperti biasa atau mengempis.
  • Latihan pernafasan : Lakukan latihan menahan nafas perut setiap hari secara berperingkat-peringkat. Sbagai contoh, pada hari pertama cuba lakukan latihan tahan nafas selama 20 saat, pada hari kedua 30 saat dan seterusnya. Orang-orang dahulu pernah melakukan latihan ini dengan menyelam di dalam kolam/sungai selama mungkin pada setiap hari.
  • Senaman Pernafasan: Lakukan senaman pernafasan dengan 3 step iaitu ‘Sedut-Tahan-Hembus’. Mula-mula, sedut nafas (nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga paru-paru dipenuhi dengan udara, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembuskan udara keluar sedikit demi sedikit selama 10 saat. Pada hari-hari yang berikutnya, kita boleh tambahkan masa ‘Tarik-Tahan-Hembus’ ini kepada 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

2. Jaga Pemakanan

Amalkan Minum air suam dan makanan Tidak Pedas : Makanan pedas dan minuman sejuk yang berais boleh mengakibatkan sistem pernafasan kita terganggu  akibat hingus dan kahak yang terhasil daripada minuman berais dan makanan pedas. Ini akan menyebabkan suara menjadi serak, semput dan memendekkan nafas.

3. Lakukan Senaman

Bersenam akan menjadikan badan lebih cergas dan menjadikan pernafasan lebih teratur. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu iaitu 20 minit untuk setiap sesi senaman. Ada berbagai cara senaman yang boleh kita lakukan. Antara kaedah-kaedah senaman adalah dengan berjoging.

Mulakan latihan berjoging secara seragam selama 20 minit. Setelah itu, tambahkan kaedah sprint selama 5 minit. Atau anda boleh lakukan sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10 minit.

Sebelum menjalani latihan, lakukanlah nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas melalui hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik melalui hidung dan menghembus melalui mulut. Lakukan senaman ini pada waktu awal pagi.

4. Senaman Jeritan Batin

Anda boleh melakukan petua ini di rumah atau kolam. Jika ingin melakukannya di rumah, ambil baldi yang bersaiz besar dan isikannya dengan air sehingga penuh.

Kemudian, tarik nafas dalam-dalam (nafas perut) dan masukkan kepada ke dalam baldi tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Sekiranya anda berada di dalam kolam, lakukannya sambil menyelam. Lakukannya Senaman Jeritan Batin ini setiap hari dan beberapa kali sehari untuk kesan yang lebih baik. - Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Sila kunjungi kami di Al-Baghdadi Learning Centre Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej pengajian Al-Quran yang sistematk dan inovatif.

Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...