بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Pengajian Tahap 3, 4 & 5 : Talaqqi Al-Baghdadi

Pengajian Talaqqi di Tahap 3, 4 dan 5  adalah merupakan susulan daripada program pengajian Tajwid Al-Baghdadi Tahap 2. Program Talaqqi Al-Baghdadi ini adalah sesi pembacaan Al-Quran secara praktikal bersama guru-guru terlatih. Ianya mengandungi tiga peringkat iaitu Talaqqi Am, Talaqqi Khas dan Talaqqi Sanad.

Kategori-kategori Talaqqi ini adalah seperti berikut :-
Talaqqi Al-Baghdadi
  • Pengajian Tahap 3 : Talaqqi Am Al Baghdadi - Program lanjutan dimana ustaz baca setiap ayat dan diikuti oleh pelajar sehingga khatam Al-Quran. Pada tahap ini, kebanyakkan pelajar akan dapat menguasai pembacaan Al-Quran dengan lancar dan tartil. Masa yang diambil adalah antara 6-12 bulan.
  • Pengajian Tahap 4 : Talaqqi Khas Al Baghdadi - Pembacaan Al-Quran 30 Juz berseorangan dihadapan guru yang memiliki sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w. Talaqqi Am dijalankan bertujuan menarik minat masyarakat untuk bertalaqqi Al-Quran di samping mendengar bacaan secara langsung dari guru yang berkemahiran. Tempoh program ialah 30 hari.
  • Pengajian Tahap 5 : Talaqqi Sanad Al Baghdadi -  Ini adalah program Talaqqi Al-Quran dengan bimbingan secara langsung oleh guru talaqqi yang mempunyai sanad bacaan Al-Quran sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bertujuan untuk melahirkan guru Al-Quran yang berkelayakan dan mantap dalam bacaan Al-Quran di samping berusaha mewujudkan suasana pembelajaran Al-Quran turun temurun iaitu Talaqqi Mushafahah. Tempoh pengajian ialah selama 10 hari.
Jom Ngaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre Johor Bahru
Whatsapp: +06011-5299 3775 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...