بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Al-Baghdadi Group Sdn Bhd

Al-Baghdadi Group Sdn. Bhd. adalah syarikat induk yang menyelia serta menyediakan pakej-pakej keusahawanan yang dilengkapi dengan modul pendidikan Al-Quran yang komprehensif dan berkualiti.

Misi utamanya adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat bersama-sama memperjuangkan pendidikan Al-Quran denegan membuka Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi.

Al-Baghdadi Group Sdn Bhd
Semenjak penubuhannya bermula tahun 2009, kini menjelang 2015 Al-Baghdadi Group telah memiliki lebih 919 rangkaian pusat pembelajaran Al-Quran di seluruh Malaysia dan Singapura.

Rangkaian pusat-pusat pembelajaran Al-Quran yang telah di tubuhkan oleh Al-Bagddadi Sdn Bhd adalah terdiri daripada pusat-pusat yang yang mengkhususkan kepada pendidikan sesuai dengan namanya iaitu seperti berikut:-
  • Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) : Pusat pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi untuk semua peringkat umur.
  • Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) : Pusat pendidikan Pra-Sekolah berasaskan pendidikan Al-Quran untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun.
  • Al-Baghdadi Prenatal Education Program Centre (APeP) : Pusat Tiusyen Ibu Hamil Al-Baghdadi atau dikenali sebagai Al-Baghdadi Prenatal Education Program. Merupakan program stimulasi janin dalam kandungan dengan bunyi-bunyi asas Al-Quran.
  • Nadi Al-Baghdadi Centre (NAC) : Pusat Hafazan Al-Quran yang menyediakan program hafazan Al-Quran menggunakan pendekatan berasaskan Neurofisiologi dengan memaksimumkan fungsi otak.
  • Al-Baghdadi Childcare Centre (ACC) : Pusat penjagaan bayi berteraskan pendidikkan Al-Quran.
  • SRI Al-Baghdadi : Sekolah Rendah Islam Al-Baghdadi yang menerapkan pendidikkan Al-Quran di samping kokurikulum pendidikkan nasional.
Alamat Pejabat Pengurusan:
Al-Baghdadi Group Sdn Bhd.
No. 2-86, Jalan Prima SG3,
Taman Prima Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6187 0187
www.albaghdadigroup.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...