بسم الله الرحمن الرحيم

* Dari Mushaab bin Saed, dari ayahnya, dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Orang yang terpilih di antara kamu sekalian adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0213) *

Belajar Al-Quran Teknik Muqaddam

Teknik Muqaddam telah diasaskan oleh Abu Mansur Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Kaedah Muqaddam ini juga dikenali sebagai Kaedah Al-Baghdadiah oleh sesetengah masyarakat di negara-negara Islam lain.
 

Belajar Al-Quran Teknik MuqaddamMuqaddam ialah sebuah kitab panduan belajar Al-Quran bagi peringkat permulaan. Bolehlah dianggap bahawa kitab Muqaddam itu seumpama buku mengenal A, B , C untuk kanak-kanak sebelum mereka jauh melangkah untuk membaca di peringkat yang lebih tinggi.

Pelajar-pelajar yang baru belajar membaca Al-Quran akan dikehendaki untuk menggunakan kitab Muqaddam terlebih dahulu. Dengan menggunakan buku Muqaddam, para pelajar akan dilatih mengenal huruf-huruf abjad Arab (Hijaiyah) , kemudian mengeja dan akhirnya masuk ke dalam surah-surah yang mudah dalam  Juzuk ke-30 yang juga merupakan surah-surah Al-Mufassol .

Surah-surah Al-Quran yang dimuatkan di dalam buku Muqaddam bukan sahaja pendek, tetapi mudah untuk dipelajari , bahkan mudah juga untuk dihafal . Kerana itulah kebanyakan sekolah-sekolah tahfiz akan memulakan hafalan-hafalan murid-murid dengan surah-surah Al-Mufassol.

Setelah pelajar boleh menguasai atau mahir dengan bacaan di dalam kitab Muqaddam, maka mereka akan di kehendakki meneruskan pengajian Al-Quran menggunakan mushaf Al-Quran yang sebenar.

Dewasa ini, melalui sistem pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, murid-murid tidak lagi di dedahkan dengan kaedah pembelajaran Al-Quran menggunakan kitab Muqaddam. Dibawah program pendidikan kebangsaan, murid-murid telah di dedahkan dengan Teknik Iqra' yang digunakan sepenuhnya bermula tahun 1995.

Jom Mengaji Teknik Al-Baghdadi!
Al-Baghdadi Learning Centre JOhor Bahru
Whatsapp: +6012-7221519
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...